Jangan tanya pada senja,
Bagaimana, kenapa, mengapa,
Jiwa tak diluah dengan kata,
Hanya pena bukti tulusnya rasa.

Monday, 20 March 2017

Semuanya Ada Hikmah

  بسم الله الرحمن الرحيم  


Setiap org pasti ada sesuatu yg disayangi..
Sesuatu yg mampu memberi kebahagiaan..
Menjadi penawar dikala hiba dan duka...
Cumanya ada kala kita x sedar sesuatu yg disayangi itu kadang-kadang mampu membawa kita ke kancah bencana..
Jadi penghijrahan itu perlu..
Bila mana kita sedar ianya tidak lagi memberi manfaat malah memberi kelalaian kpd diri kita sebagai khalifah Allah,
Jadi hijrah itu perlu..

Walaupun ianya mengambil seribu kekuatan,
Walaupun ianya menelan seribu kepahitan,
Walaupun ianya memakan seribu kesabaran, 
Percayalah, semuanya ada hikmah.
Memang benar sesuatu yg disayangi itu mungkin telah mencorakkan diri kita,
Kita yg berdiri pada hari ini adalah berdasarkan pengalaman lalu,
Malah kita membesar dengan memori indah bersamanya..
Maka sukarlah utk kita meninggalkannya sedang kenyataannya kita mengetahui bahawa ianya tidak memberi faedah kpd kita.

Yg disayangi...
Banyak yg boleh dikategorikan..
"Manusia,barangan,hiburan"
Semuanya kadang-kadang melalaikan kita
Dan juga mampu melupakan kita tentang tanggungjawab sebagai hamba Allah.

Bilamana kita sedang berhijrah ke arah kebaikan,,
Kita kena percaya dan yakin ini jalan terbaik..
Tak perlu toleh ke belakang dan mengingati masa lampau..
Kita patut bersyukur diberi peluang utk berhijrah
Ada orang ditarik nyawa semasa berada dalam kelalaian
Jadi kita insan yg bertuah..

Teruskan melangkah,
Kita adalah srikandi islam yg punya moto dan harapan
Yg punya satu destinasi yg sama
Semua yg terjadi pasti ada hikmah.
Yang lepas kita jadikan pengajaran
Moga hari yg mendatang dapat kita tempuhi dengan tenang dan sabar
Moga Allah melindungi dan memberkati perjalanan hijrah ini.
Kerana kita yakin Allah itu sentiasa ada.


💟 Originally from NAMS’00 

No comments:

Post a Comment