بسم الله الرحمن الرحيم
Ku dongak ke arah langit
Melihat betapa mendungnya ia
Semendung hati ku ini
Tanpa disedari titisan rahmat jatuh
Membasahi kelopak mata yang sedia berpeluh ini
Ku memulakan langkah perjalanan
Sungguh berat bak besi merantai
Genggaman tangan dikepalkan
Senyuman di bibir dikemaskan
Biarlah manusia mengetahui yang zahir sahaja
Ku serahkan segalanya kepada Tuhan
Bayu angin dan embun mula menyapa
Sunnguh tenang menyelubungi
Terasa seperti beroleh kekuatan batin
Semangat yang pudar kian mekar
Hanya dengan keindahan waktu hujan
Merintis jatuh membasahi kepala
Jernih air tak terkira sucinya
Malu jika dibanding dengan hati ini
Terasa terubat segalanya
Terima kasih Tuhan,
Kerana masih sudi memujuk lara jiwaku
Yang hiba melayan kerenah dunia
Yang kadang-kadang sangat menyakitkan
Hingga aku tenggelam melayan perasaan
Yang bagiku hanya sia-sia
Sedang ku mengetahui yang hakiki
Dunia ini sekadar persinggahan
Yang perlu ditempuhi
Kerana itulah proses kehidupan
Andai perjalanan ini mempunyai seribu kemanisan
Pasti ramai yang akan menyertainya
Tapi dengan sakit pedihnya turun naiknya
Hanya yang utuh mampu bertahan
Tuhan itu Maha Mengetahui
Yang jelas mahupun tersembunyi
Usah jadikan ia sebagai alasan
Untuk berputus asa
Rahmat Tuhan itu sentiasa luas
Kepada hambaNya yang sabar dalam ujian.
