Jangan tanya pada senja,
Bagaimana, kenapa, mengapa,
Jiwa tak diluah dengan kata,
Hanya pena bukti tulusnya rasa.

Sunday, 19 March 2017

Kerana Kita Serupa

  بسم الله الرحمن الرحيم  

Walau berbeza warna kulit
Walau berbeza pangkat darjat,

Walau berbeza sudut pendapat,
Ternyata kita lahir dari tanah yg sama, dari 4 alam yg tiada beza.



Sesungguhnya telah datang kepada kamu sebuah teguran & nasihat. 
Yang dikirim oleh pemilik dunia ini,
Yang terbahagi kepada nikmat dan ujian,
 Adapun juga melalui seorang manusia,
Maka terimalah dengan hati yg terbuka,
Kerna Tuhan itu masih sayangkan kita,
Jangan pula ada di antara kamu yg menyangkal dan mempersoalkan,
Mengapa aku? Kenapa aku?

Jangan pernah kamu membenci sebuah nasihat dan teguran,
Jangan pernah kamu menolak sebuah nasihat dan teguran,
Kerna hati yg membencinya adalah salah satu hati yg rosak,

Setiap org itu layak menegur,
Kerna kita serupa,
Kita perlu mengambil berat tentang saudara kita,
Kalau ada yg terleka mahupun alpa,
Dengan nasihatlah mampu menyedarkan mereka,
Dengan teguranlah mampu membangkitkan mereka,

Saling menasihati itu lebih baik,
Kita masing2 punya kelemahan,
Cuma bezanya antara sedar ataupun tidak,
Sebab itulah kita punya rakan,
Yg mampu membantu kita apabila tersasar,

Kerna kita serupa,
Yg melakukan kesilapan dan kesalahan,
Jika yg layak menegur itu perlu dalam golongan alim sahaja,
Maka tidak akan lahir golongan ulama dan ilmuwan,
Kerna kita serupa ,
Kita layak menegur,
Cuma biarlah kena caranya,
Jangan sampai membuka aib,
Jangan sampai membuka maruah,

Jadi mengapa?
Ada di antara kita payah menerima sebuah teguran,
Sedangkan kita manusia yg serupa
Jadi buanglah egomu
Jangan sampai tinggi mencecah langit
Jangan hidup dengan pandangan sendiri
Kerna kelak ianya memakan dirimu.



💟 Originally from NAMS’00 

No comments:

Post a Comment