Cermin berkabus itu,
Diusap ia dengan jemari lembut,
Dipandang cermin itu dengan mata berkaca,
Ada pantulan insan tersenyum longlai.
Tangannya mula goyah,
Matanya terkatup rapat.
Biarlah,
Biar hatinya saja yang berbicara,
Perih pedih perjalanan hidupnya,
Turun naik liku-liku hidupnya.
Setiap masa dan wang,
Yang telah dan akan dia taburi,
Demi mendapatkan pandangan manusia.
Dia lelah,
Dia sakit,
Manusia tanya mengapa?
Manusia tanya jawapan,
Padahal jawapan ada pada mereka
Dia sengsara,
Kerana mereka,
Yang menilai luaran,
Yang mempersoal takdir,
Sedang dia tak pinta semua ini.
Andai dia ada kata yang tepat,
Untuk bicarakan hatinya,
Dia ingin kalian baca,
Sengsara jiwa memendam rasa.
Dia insan biasa,
Ingin tidur yang lena,
Tak ingin ditemani air mata,
Pada siapa dia inginkan luahkan rasa?
Pada siapa yang fahami jiwanya?
Pada siapa dia ingin bercerita?
Ada manusiakah yang mampu fahami rasa?
💟 Originally from NAMS’00