Jangan tanya pada senja,
Bagaimana, kenapa, mengapa,
Jiwa tak diluah dengan kata,
Hanya pena bukti tulusnya rasa.

Thursday, 17 May 2018

Reformasi

Sesekali perjalanan ini,
Sungguh mengecewakan,
Kadang dibiar juga qalbi ini tersendu sendiri,
Bukan ini yang aku harapkan.

Menyedari seadanya,
Betapa tegaknya rahmatMu,
Namun jua tetap dipersoalkan,
Menyedari jua diri ini,
Yg sentiasa bermain dgn omongon kosong,

Ingin ku bangun dari kengerian mimpi,
Mahu berganjak ke hadapan berdiri,
Tapi situasi seolah mahu merasai lagi,
Tipu daya dunia yang sering menghantui.

Biarpun kesalan telah dirasai,
Namun diri x seperti yg dijanji,
Yang ditabur saat menginsafi,
Ada saja helah dan hedonisasi,
Betapa hina diri bergelar manusia ini.

Mahu cari dimana sinergi diri,
Seolah pupus dilapah nafsi,
Yang xpuas mencengkam qalbi,
Sehingga ianya seakan xmampu lagi diatasi.

Ampunilah diri ini wahai penciptaKu,
Dalam xsedar ku mempermainkan amanahMu,
Perjalanan ini menjadi persinggahan duniaku,
Jika kerapuhan harus ku korbankan,
Demi pengakhiran penuh kesempurnaan,
Perjalanan ini tetap aku teruskan.

💟 Originally from NAMS’00