بسم الله الرحمن الرحيم
Salam ukhwah,Ini adalah coretan pertama saya. Terdetiknya hendak membuat blog ini apabila mendapat ilham daripada abang saya penasipenuntut.blogspot.com .Beliau berkata ilmu itu perlu dikongsi walaupun sebesar zarah. Saya bukanlah sehebat beliau mungkin boleh digambarkan seperti sebiji gula pasir dengan seekor gajah. Namun, kerana minat dalam bidang penulisan maka lahirlah blog ini.
Dalam meniti kehidupan seharian banyak yang kita pelajari. Yang baik mahupun buruk. Bila mana kita mendapat nikmat kita bersyukur dan bila mana kita diuji kita bersabar. Semua itu mendewasakan kita.. Dari kegagalan kita belajar erti usaha.
Mungkin kita sudah sedia maklum bahawa dunia kini sedang tenat. Menanggung pelbagai ragam manusia yang kian lama semakin tersasar dari landasan yang sebenar. Begitu juga kita semua, bila mana iman kita tinggi, kita dekat denganNya. Namun apabila nafsu melanda, kita tewas. Masa itu kita sudah tidak malu untuk melakukan kekufuran. Terlupa segala amanat yg pernah dijanji dengan Pemilik Alam ini. Namun, Allah masih sayangkan kita. Apabila kita terleka Dia ada untuk menyedarkan kita. Betapa sayangNya Dia kepada kita.
Sungguh manusia tidak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kadang-kadang kita selalu berasa malu apabila bertaubat atas dosa yg sama. Merasai diri kitalah yg paling hina kerana kerap kali hanyut di bawah godaan syaitan. Alhamdulillah, rasa kesal yg timbul dalam hati itu membuktikan masih ada sinar iman dalam hati namun ianya masih mentah dan perlu ditingkatkan. Kita semua sangat bersyukur kerana dikurniakan nikmat terbesar dalam kehidupan ini iaitu dilahirkan atau diberi hidayah untuk mengenali Agama Islam. Sungguh, anda dan saya insan yg bertuah. Ada mereka tidak dapat mengecapi nikmat ini jadi bersyukurlah kita dengan setinggi-tingginya. Berbanggalah kita dengan agama Islam kerana ianya sebaik-baik agama yg datang dari Allah yg meliputi segala aspek kehidupan manusia.
Suka untuk dikongsikan kata-kata ini " Bagaimana aku mampu melawan sedang nafsu itu bersembunyi di celah-celah tulang rusukku". Sebenarnya jika kita lihat dari sudut positif, nafsu itu mampu dididik jika kita benar-benar bertakwa dan yakin dengan Allah. Namun ianya bukan mudah untuk dijinakkan kerana ada juga manuasia pada hari ini masih tewas. Hanya berbekalkan secebis iman itupun yg kadang naik dan kadang turun. Hanya mengharapkan naungan dan hidayat Allah sentiasa menaungi diri kita ini. Agar rasa ingin berubah ke arah kebaikan itu sentiasa ada..
Kita ini sudah berada di pengakhiran. Dunia ini sudah terlalu tua. Banyak petanda khiamat yg telah terjadi. Manusia berbangga dengan kemaksiatan dan melakukan ibadah semata-mata meraih perhatian manusia. Semoga kita meninggalkan dunia dalam keadaan husnul khatimah serta dalam keredhaanNya selalu. Semoga kita insan yg terpilih utk bertemu denganNya dan memperoleh syafaat dari kekasihNya. Moga-moga kita disatukan di syurga kelak. InsyaAllah. Aamiin..
Sekian...

subhanallah..
ReplyDelete